Thursday, December 22, 2011

Happy New Year





We will take a break starting 24/12/2011 till 2/1/2012..

It's holiday time..

Happy New Year guyz..

Hope 2012 bring prosperity for all...







| we offer d best price for design nmecard, 
banner, bunting, flyer, poster, printing n etc.

call 019-624 2267 (Yun) / 014-7228824(Cda)



Thursday, December 1, 2011

my new calendar















Tuesday, November 15, 2011

Bunga Rumput Di Padang (Panduan mencari pasangan yang terbaik)


Kisah tauladan~

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru
tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih bunga rumput yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah bunga rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun bunga rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana bunga rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah bunga rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah bunga rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Wednesday, September 14, 2011

Renungan...


PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUA BELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGA BELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPAT BELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMA BELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAM BELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUH BELAS.
Berpeganglah kepada tiga R: 1. Rasa hormat pada diri sendiri; 2. Rasa hormat kepada orang lain; 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPAN BELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILAN BELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUA PULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
 

Mutiara Kata

:: Ilmu itu adalah perhiasan yang paling menawan dan tiada tandingannya bagi orang yang benar-benar ikhlas mencarinya.

Sunday, August 14, 2011

Gambaran Hari Kiamat



*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.


Gambaran Hari Kiamat
...
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


- Pemimpin yang adil.


- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.


- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.


- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.


- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.


- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).


- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.


- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.


- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


Sedekah/amal jariahnya.


Doa anak²nya yang soleh.


Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, July 25, 2011

Petua Makan..............Info For You All.....

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua?

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

Saturday, June 25, 2011

Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita



"Istimewanya Wanita Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya
menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita.
Bacalah komen di bwh ini dengan niat untuk diamalkan
dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah."

‎1.Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut,
jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapak
dan doa orang yang penyayang tidak...akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T.
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail A.S.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal
bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,
maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,
burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,
maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.

22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada
badannya (susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap
titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.

26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.

28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.

37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Saturday, June 18, 2011

mish dat day :p

23.04.2008
mse 2 dtg putrajaya gan k.nurul,sal and zhai
duk umh akak angkat 1ari cbb sok kne gerak
awal nk pi konvo Yeeeaayyy...cngat excited
tpi, sad cbb mak n abah xdpt hadir so tiket seat
burn tuk 3 org tpi xpe d k.nurul, sal n zhai :p

24.04.2008
pepagi monink bgun n kmi smua ciap n kua awal
tpi sesat lak kak azida ni haish...nasebaek cempat
n trus daftar, ambek jubah n berkumpul ikut course
memasing hee...k.nurul n sal (diploma in packaging)
cda n zhai (diploma in multimedia) insyaALLAH
if d rezeki nk sambung ag :d

Hee..segan bergambo sblh kiri zuha, sblh kanan
pija anyway nk wish kt cni "Selamat Pengantin Baru"
sblh pija --> zhai haish..ag gangster dr cda hee maaf
ujung skali is fuad asyik ade je dia ni mse b'gmbo huhu ;p
















negok~cni pon ade fuad ag.yg laen
memmbr satu course hee..cda tumpag
b'gmbo yerk ;p mke mse memude dolu2 ;p


















Harharhar...asyik kerut kening cda dlu b'gambo tpi,
skunk b'gambo byk 2tup lak haish...reject,xleh jd
model n dh bersara dh huhu...topi pija tinggi cngat
t'2tup muke diyana harharhar...rindu nk gado
gan kamu cik.diyana heeee..;p haish ade ag gmbo
fuad kt cni uih.,,,
















Heee...berkepit gan zhai je, k.nurul n sal xtau ktne mse
gmbo reramai, mse cari gmbar lam album candid kt printing
limkokwing terjumpe byk gmbo cda pelik2 haish...xcempat
posing huh truk photographer nasebaek cempat g ambek
smua gmbo yg ade cda if x kantoi gan memmbr huhu...
ciap d gmbo ngah korek idung huh xbleh blah tul e2 pon nk snap
haish...ciap r jmpe en.photographer 2 blasah lipat2 harharhar..

















mse ni paling b'debar2 nk masuk dewan konvo haish...
student multimedia paling ramai n kebayakkn rmai lelaki
mse 2 hee...mse nme d panggil naek pentas smua ok
b'jalan lancar alhamdulillah ciap tan sri say congrats
Yeeaahh...tpi mse nk trun kasut koyak aaarrrrgghhhhh..
nasebaek dh turun n xtersungkur harharhar...


after ambek sijil pergi bergmbo huwaaa....dh ambek
pakej gmbo gan fmily tpi sesorg :(( urmm..xpe la
lps ambek resit photo, cda g pulangkn jubah n ambek
smua original transcript sijil n diploma. paling cedih smua
balek gan family tpi, cda blek sesorg :(( anyway that's
d best day cda at limkokwing :D yeaayyyyaah....

Sunday, June 12, 2011

A day at Dunkin Donuts KL sentral


3 april 2011

hohoho...
kami bdua pegi dunkin donuts kat KL Sentral, bkn dating yerk, pegi mgajar..
siapa?
Laura Turuka..
student en. Yun, en. Yun mgajar Photoshop pd Laura, sbb dia ckp nk bwk ilmu ni pegi Africa..
oppss, lupa nk bg tau, Miss laura ni warganegara Tanzania, Africa..
mari saye knal kn..

cik cda n miss laura...
mesra bkn?
kwn baik ni..
siap dia bg kain tuk cda..

ini sbnrnyer kali ketiga kami bsama..
srnk ade kwn dr lua ni..
byk pdpt ttg Malaysia yg kita tau dr mereka ni..
rupa2nyer, Malaysia ni kecik je kat mate dunia..
herm..
ade lg citer, tp takpe, tu kita smbang lain kali..







:: hari ini dalam sejarah ::

: Assalamualaikum en.yun maaf
_nk citer cikit kt cni

- Monink
punyer excited yerr bgun awl2 pagi dh uat
koje :p sblm ni xpnh tau uat bkn xtau tpi kemalasan d pagi2 monink cm base lek kg...
dh ciap m'basuh pinggan,mop lantai,tkr langsir
n smua la prepare baru huhu.....

- tengahNoon
mmg cmpai kul12 (time cinderella). berciap dr kul11 dkt 2jam menuggu haish...lmbt yerr
cimpan cepuk dh byk x nih Eee....Akhirye lam kul1 lbey ru campai dgn 2krete je tpi
ckp 20org haish..kmi x d benarkn b'ada
lam majlis 2 urmm nk uat cmne ikut jela...
dlm 20minit slesai discussion fuh..tkot yerr...

-timeSarung ciicin
Huwaaarrggghh...time 2 punyer la nervous smua
org m'mandang haish..then kne panggil sarung cincin lak,mse sarung 2 ok la
tangan lemah lembut n cangat bersopan :p
tpi xtau cmne tangan leh jadi keras lak haish..
Arrrrggghhh malu yerrr...huwaaaaaaaaaa.....

ni satu2 yer gmbo memories 29/05/11 :D


wa'alaikummussalam cik cda..
skang saye mau balas..
heee..

Mornin: mmg slalu mls pun cik cda ni, 
pagi kul 8 saye baru bangun, siap g bli nasi lemak dlu..
pastu bsiap nk g sane..
mula ayah yg pandu keta, pastu dsbbkan tak tau jln, saye pulak yg pandu..
2 keta pegi, sptut 3, tp keta yg ke3 tak jd pegi, ade hal katanyer..

Noon: kami smpi, tp sblm tu dh bmekap kat petronas, sbb masing2
muka bangun tido..
hahahha...
smpi2 saye kena duk lua..
alaa, bab ni yg tak besh..
so disebabkan tlalu bosan, saye pegi kblakang umah a.k.a dapur,
pegi sembang ngan cik cda kat blakang bsame mak cik2 dia..
heee..
dsambut mesra...

makan time: time ni saye suka, tp adik2
n mak cik2 saye myakat saye, kata "byk mkn, slera tul", "apa yob? nk tambah lg?"...
diorg ckp kuat2...
aaarrgghh geram tul..
segan kot...
haish...

dlm kul 3: time nk blik, mase ni trus culik cik cda bwk blik kl trus..
hahahhaha.....[blasah kag!! -cda]
baru sarung cincin trus je bwk dia blik kl..
hadiah2 yg ade kat umah dia tu, tak sempat lg dia nk tgk..
heee..
tp dapat hadiah buah tgn dr bpk cik cda..
buah salak..
sedap woo...

on de way blik: cik cda diam je dlm keta, (segan la konon) tp tgn mrayap,
mcubit tgn saye, sakit woo...[padan mke ;p -cda]
pastu benti kat hentian genting sempah, msing2 lapa n nk g toilet..
hohoho..
tp mkn McD, dpt 6 glass coke McD tu..
heee...

haish, mase kat umah cik cda ni, bkn main segan lg..
dupdap jantung ni...
hee...
harap dpt buat rombongan kawin pulak...
InsyaAllah..
Amin~

Friday, May 20, 2011

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH





Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata. Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu. 

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG

DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS..... 

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw. 
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya. 
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi. 
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt. 
5. Ikhlas dalam beramal. 
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya. 
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya. 
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya. 
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya. 
10. Solat malam menjadi kebiasaannya. 
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan x mengeluh kecuali kpd Allah swt 
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit. 
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin & ukhwah diantara mereka. 
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya. 
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan. 
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi 

      kebodohan manusia, sentiasa saling koreksi 
      sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt. 
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga. 

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga 
merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt. setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka x mudah menyerah kalah dari keganasan tekanan musuh. 

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........ 

1. Mencari nafkah ( belanja hidup) 
2. Berjihad Fisabilillah. 
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas. 
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri. 

1. MENCARI NAFKAH.......... Tugas mencari nafkah diberatkan 
kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari 
keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal. 

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat 
tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya. 

" Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya 
dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak". 

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh 
yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM. 

Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. 
dan janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR. 

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak 
membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum. 

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah: 

1. Riba, 
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai, 
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras, 
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang, 
5. Mencuri 
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang 

    diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29. 

2. BERJIHAD FISABILILLAH Jihad merupakan amal yang paling utama 

dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang 
dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar 
dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya 
sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan 
gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan 
lelaki soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh.
Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif 
lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH @ MENANG. 

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS 

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari 
peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut. 

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan, 
bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang-orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba utk menjadi pembela & penolong bagi mereka." 

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan-golongan 
yang tertindas dan mengharapkan bantuan. Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam 

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI...... 

1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga 
isteri-isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah. 

2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana 
sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya. 

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk 
mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh 
akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya. Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya. 

Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang 
yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah ) 

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga....... 

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah 

B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga 
C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak. 




http://halaqah.net