Tuesday, December 14, 2010

Buat Hati Yang Ketandusan Cinta


-- Tak perlu kau tagih cinta manusiawi 
    yang bersifat sementara.
-- Ada cinta yang lebih kekal abadi buat 
    dirimu.
-- Ada cinta yang bisa membuatkan kau 
    mengalirkan airmata ketika hati merindui.
-- Ada cinta yang mampu memberikan 
    ketenangan pada jiwamu ketika kamu 
    dilanda keresahan.
-- Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat 
    merintih bila kesedihan datang menjenguk.
-- Ada cinta yang mampu memberikan apa 
    sahaja yang kamu inginkan.
-- Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
-- Sekuat manakah cintamu pada-Nya, 
    sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
-- Ujian datang dalam pelbagai cara.
-- Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai 
    kesetiaanmu pada-Nya.
-- Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, 
    maka bergembiralah.
-- Jika hatimu goyah dan meragui kasih 
    sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada 
    dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu 
    disisi-Nya masih lemah.
-- Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung 
    dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
-- Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang 
    bergelar mukmin pasti akan diuji.
-- Dari ujian  itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya 
    yang benar-benar mendambakan keredhaan 
    dari-Nya.
-- Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
-- Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta 
    yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda 
    ujian-ujian ini.
-- Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat 
    hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya 
    cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah 
    terhadap yang Khalid ini.
-- Maka sabarlah duhai hati.
-- Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari 
    sang Pencipta,
-- maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi 
    yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
-- Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai 
    Tuhan sekalian alam, maka itulah 
    sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
-- Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai 
    terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti 
    onak dan duri,
-- akan didatangkan seorang yang turut sama 
    mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
-- Sebagai peneman dan yang akan 
     menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
-- Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan 
    berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
-- Maka sabarlah duhai hati.
-- Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih 
    tidak berkasih dengan manusia.
-- Dia akan datang. Itu sudah pasti.
-- Namun datangnya tiada siapa yang tahu 
    kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
-- Moga datangnya cinta insani itu, akan 
    menguatkan lagi kecintaanmu buat sang 
    Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, 
adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

No comments:

Post a Comment