Kalau perempuan tidak boleh memasak,
dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki
tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak
siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah
kata rakan sejawat lelaki pada seorang
anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia
tidak sempat belajar memasak sebab dari
kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya
di suruh menumpukan perhatian pada
pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke
rumah terhad dan tidak sempat turun ke
dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan
kerjaya saya juga sibuk belajar agama,
jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"
Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki
tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika
tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna
makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai
perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami,
perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau
berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan
dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih
tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah
dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer
mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar
dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk
keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh
memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah
standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang
itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai
jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri,
sudah terror boleh mengimam satu taman
perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu
bolehkah jadi imam?" Dengus teman
wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang
menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda utama,
selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada
beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak
confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri
sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula
apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana
masyarakat memberatkan wanita perlu
pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam
supaya kewibawaan mereka sebagai
ketua keluarga tidak goyah atau menjadi
mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
- Artikel iluvislam.com
btl3.sokong2
ReplyDeleteanda mmg terbaek lah... tp kan.. y not lau wanita tuu pandai masak n lelaki tu boleh jd imam... lau 2 2 x reti.. same2 blaja laaa kan??? not fair laa lau sorang jek yg blaja kan??
ReplyDelete