Thursday, November 11, 2010

- Mengatasi Senggugut -




Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. 
Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut:

Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.

    1 comment: